BAB 4 : POTENSI, RISIKO DAN MASALAH SERTA PENYELESAIANNYA

Rancangan Perniagaan
4.1 Potensi Perniagaan

Pada masa sekarang dan seterusnya pada masa-masa akan datang, pertanian akan menjadi satu keperluan kepada negara Malaysia. Memandangkan pasaran berpotensi pertanian pada masa hadapan akan hanya tidak kepada Malaysia sahaja, kepada pasaran global.

Oleh itu, aktiviti berasaskan pertanian akan menjadi satu prospek yang baik untuk diusahakan pada masa-masa sekarang ini.

Pembangunan tidak mampu bertahan hanya dengan menjalankan aktiviti pembuatan dan perkhidmatan sahaja. Ini kerana, dengan pertanian, produk hasil pertanian dapat meningkatkan hasil daripada aktiviti pembuatan dan perkhidmatan. Malaysia pada masa ini masih bergantung kepada import makanan daripada luar, dan ini menyebabkan aliran kewangan keluar.

Dengan keluasan tanah yang boleh diusahakan untuk pertanian, sepatutnya Malaysia mampu menghasilkan produk tersebut dan mampu untuk dieksport ke luar negara.

Dan memang terdapat banyak kawasan berpotensi bagi dijadikan kawasan pertanian seragam atau secara komersial terutama di kawasan Johor dan Pahang.

Penyediaan bahan mentah yang digunakan bagi menampung keperluan industri kecil dan sederhana(IKS) adalah satu keperluan pada masa kini.

Pada masa sekarang ini, keperluan kepada pengeluaran bahan mentah untuk industri pembuatan makanan secara lebih berkesan yang berasaskan produk seperti ubi kayu, kunyit, sukun dan pisang, jika dijalankan dijangka dapat menembusi pasaran luar negara. (rujuk Utusan Kota, Utusan Malaysia, 31/08/01).

Sebagai contoh, pada masa sekarang, usahawan tempatan masih gagal menyediakan produk berasaskan hasil pertanian diatas secara komersial kerana tidak mempunyai bahan mentah yang mencukupi.

Sebagai contoh, semasa satu-satu musim perayaan, sebanyak 300tan produk seperti kerepek ubi dan kerepek pisang diperlukan bagi menampung permintaan pasaran. Permintaan pasaran selalunya meningkat dengan begitu tinggi pada musim perayaan dan buat masa sekarang pengeluaran yang ada tidak mampu untuk menyediakannya.

Apabila perniagaan seperti yang akan diusahakan oleh syarikat Guna Indah Sdn. Bhd. ini menjalankan aktiviti pertanian, ia akan dapat membantu kerajaan Malaysia memajukan industri pengeluaran makanan dan menjadikannya satu industri yang mempunyai daya saing yang tinggi sehingga ke peringkat antarabangsa.

Ini akan menaikkan nama negara Malaysia dalam aktiviti pelbagai sehingga ke peringkat antarabangsa. Penembusan sehingga ke peringkat perdagangan antarabangsa juga adalah antara matlamat perniagaan syarikat ini.

Walaupun perniagaan pertanian untuk tujuan komersial memerlukan modal yang besar dan tinggi, namun dengan adanya kemahiran pengurusan dan kemahiran perdagangan yang tinggi, perniagaan akan dapat diuruskan dengan baik dan menguntungkan.

4.2 Risiko Perniagaan

Antara risiko yang dijangka akan berlaku adalah :

  1. Masalah kewangan yang tidak mencukupi dalam melaksanakan projek berpotensi;
  2. Kelewatan dalam penerimaan pembayaran setelah selesai melaksanakan projek;
  3. Pengurusan tidak teratur;
  4. Tindakan yang tidak teratur; dan
  5. Kemampuan dalam melaksana strategi perniagaan.

4.3 Langkah mengatasi

Berdasarkan keadaan yang mungkin akan berlaku diatas, pihak syarikat memikirkan bahawa perlu adanya satu alternatif atau tindakan yang bersesuaian bagi mengatasi masalah tersebut.

Antara langkah berjaga-jaga itu adalah :

  1. Menyimpan dana yang mencukupi;
  2. Melakukan pembelian aset yang boleh dijual-semula atau disewakan kepada pihak tertentu dengan kadar segera;
  3. Merancang aktiviti atau projek-projek dengan sebaik yang mungkin dan perlaksanaan dilakukan setelah dikenalpasti keadaan, masalah dan tindakan yang perlu diambil;
  4. Sebarang projek yang dikenalpasti akan dibuat secara sub-con dengan ahli pengurusan dalam syarikat yang dikenalpasti berkemampuan membawa peranan sebagai Pengurus Projek untuk projek tersebut;
  5. Memastikan bentuk pembiayaan dan pinjaman yang bersesuaian semasa/sebelum merancang projek;
  6. Mendapatkan khidmat bantuan professional; dan
  7. Mendapatkan nasihat dari pelbagai aspek sebelum melaksanakan sesuatu urusan atau aktiviti perniagaan.

4.4 Pendekatan perniagaan

Dalam memastikan bahawa perniagaan mampu berkembang selaras dengan keadaan dan keperluan modal, pelbagai pendekatan perlu diambilkira. Konsep “semua pihak untung” akan sentiasa dijadikan panduan dalam memastikan keberkesanan perjalanan perniagaan.

Antara pendekatan yang perlu itu adalah menjalankan perniagaan secara :

  1. Perkongsian bijak
  2. Pengurusan bijak
  3. Perniagaan pelbagai hala
  4. Perniagaan secara 2 hala(B2B,B2C dan C2C)
  5. Sokongan perniagaan
  6. Kerjasama bersama

Kesimpulan & Harapan

Ini adalah perlu bagi memastikan bahawa matlamat dan pengawal-selia perkara-perkara yang melibatkan aktiviti perniagaan primer dan sekunder dapat dijalankan dan diuruskan dengan sebaik dan mendatangkan keuntungan semaksima mungkin.

Oleh,
Nor Hesham Bin Mohamed
Pengasas www.norhesham.com dan www.halalfirst.com.my

Artikel yang diatas boleh dikongsi secara bebas sekiranya tanpa suntingan. Artikel bebas ini adalah sebagai panduan dan rujukan, dan pihak kami berbesar hati sekiranya ianya diperbincangkan dengan baik tanpa menjejaskan kualiti kandungan.

Rujuk PENAFIAN.

Terima kasih.
 

Perubahan

Ditulis pada 8hb September 2001 (Kertas kerja GISB versi 1.5, Tahun 2001 oleh Nor Hesham)
21hb November 2009 Disusun semula untuk diterbitkan di norhesham.com
22hb November Pembetulan kesilapan ejaan
7hb Jun 2010 Disemak dan disusun semula untuk terbitan di blog

0 Comments

Leave a Reply

Using Gravatars in the comments - get your own and be recognized!

XHTML: These are some of the tags you can use: <a href=""> <b> <blockquote> <code> <em> <i> <strike> <strong>