Memang banyak kali kita mendengar dan mengucapkan ayat “kerja sikit-sikit, lama-lama boleh jadi bukit“. Satu peribahasa yang sememangnya kita sudah lama tahu.
Jika kita sedang mengusahakan sesuatu yang baik-baik dan akan kerana kurangnya modal atau tak cukup kudrat, tetapi sekiranya tetap dilakukan dengan penuh ketekunan dan daya usaha yang tinggi, mungkin satu masa nanti ianya akan jadi sesuatu yang besar.
Jika perkara yang dilakukan itu adalah membuat rumah, misalannya,… jika dilakukan dengan penuh ketekunan, sudah pasti rumah itu akan siap akhirnya nanti.
Itulah kekuatan peribahasa. Gambaran sedikit-sedikit yang membawa pengertian yang berbeza mengikut kefahaman masing-masing tetapi hasilnya adalah satu gambaran “bukit” yang menunjukkan sesuatu yang menimbun.
Timbunan itu pula tanpa disedari semakin mem”bukit“.
Kalau diceritakan bahawa usaha yang dilakukan itu adalah mengumpul tanah, maka timbunan tanah itu akan mem”bukit”.
Kalau diceritakan bahawa usaha yang dilakukan itu adalah mengumpul duit, maka timbunan duit itu akan mem”bukit”.
dan macam-macam lagilah….
tetapi usaha mengumpul harus ada konsistennya. Ianya perlu secara berterusan. Ianya harus istiqamah.
Maka, ketekunan harus ada sebagai disiplin diri supaya apa yang diusahakan itu benar-benar berhasil dan seterusnya boleh mendatangkan manfaat bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga kepada orang-orang lain.
Wallahualam.
P/S sedang mengawasi kerja-kerja membina bangunan tambahan di Pejabat Veterinar Daerah Ledang.

- Berada di kawasan kerja pejabat veterinar daerah Ledang